Tuesday, 9 October 2018

MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229




Khabib (kanan) dilihat lebih mendominasi pertarungan antara McGregor (kiri). - Foto REUTERS

KEEGOAN bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor ditundukkan selepas dia tewas dengan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov dalam kejohanan UFC 229, sebentar tadi.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi 'submission' (kuncian) 'rear naked choke' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Kedua-dua petarung berusia 30 tahun itu memberi saingan hebat antara satu sama lain, meskipun Khabib dilihat lebih mendominasi pertarungan tersebut.

McGregor juga kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga apabila pertarungan dibawa ke 'ground'.


-Sumber Astro awani -

Presiden Russia Putin Puji Kemenangan Khabib Atas McGregor




Moscow- Khabib Nurmagomedov mengatakan Presiden Rusia Vladimir Putin telah secara peribadi menhubunginya setelah kemenangan atas Conor McGregor di arena UFC pada Sabtu (6/10). Putin menyatakan rasa bangga dengan kemenangan Khabib Nurmagomedov atas McGregor.

"Saat semua media sibuk berbicara tentang foto McGregor dengan Putin di Piala Dunia FIFA semasa musim panas, presiden baru saja menelefon saya. Dia mengucapkan tahniah kepada saya dan mengatakan dia bangga dengan saya," ujar Nurmagomedov”

“Mereka menyebut McGregor sebagai juara dunia, tapi hari ini dia dikalahkan,” katanya kepada wartawan setelah pertarungan di Las Vegas.

Thursday, 8 March 2018

LEBIH kurang 24 jam selepas berita suaminya di dakwa atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, penyanyi terkenal, Ziana Zain, memuat naik sekeping gambar yang menggambarkan isi hatinya kini... Tonton Video untuk selanjutnya.
Sumber: Sinar Harian Online

Sunday, 18 February 2018

Elfira Loy, Sufian putus tunang



IBU pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff, 52, mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga penyanyi, Sufian Suhaimi sekali gus menjawab segala spekulasi mengenai hubungan itu.
Filzah ketika dihubungi berkata, Elfira yang kini berada di New York, Amerika Syarikat maklum berkenaan keputusan diambil.
“Sepatutnya saya dan bekas suami (bapa Elfira) ingin berjumpa keluarga Sufian semalam yang kebetulan berada di Kuala Lumpur tetapi mereka beritahu sudah ingin pulang ke Muar.
“Jadi, saya dan bekas suami tunggu waktu lapang mereka pula untuk berjumpa dan pulangkan cincin. Cuma, apa boleh jelaskan, Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan.


“Elfira tahu mengenai perkara ini dan menyerahkan segala keputusan kepada kami. Saya berharap buat masa sekarang beri ruang dan privasi kami sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Filzah juga menjelaskan, dia menganggap apa yang berlaku sudah ketentuan Allah.
“Saya beranggapan ini adalah jodoh dan ketentuan Allah. Semoga selepas ini Elfira ditemukan dengan lelaki yang baik.
“Apa yang berlaku biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga,” katanya.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Sufian Suhaimi gagal apabila kedua-dua nombor telefon tidak diaktifkan.
Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu.

Sumber: Harian Metro Online

Saturday, 17 February 2018

Mira Filzah Umum 'Berehat' Guna Media Sosial, Apa Sebabnya ...




TIADA angin tiada ribut, pelakon dan pengacara cantik, Mira Filzah menerusi akaun Twitternya mengumumkan untuk ‘berehat’ seketika daripada media sosial.

Keputusan tersebut semestinya mengejutkan para peminatnya sehingga ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan Mira  bertindak demikian.

Bagaimanapun, Mira yang juga merupakan pengacara program Nona 2018 ini, menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan netizen.
“Tak ada kena mengena dengan mana-mana netizens, negative comments or fake accounts pun.
“Even daripada dulu ada dah semua tu dan Mira tak pernah kisah.

“Mira cuma bagitahu Mira nak take a break from social media supaya awak awak semua nanti tak tertanya-tanya kalau tiada update. Itu sahaja,” tulisnya di Twitter.
Hasrat tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dari para peminat-peminat Mira, di mana ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang kecewa.
Apa pun kita mengharapkan yang terbaik buat Mira dan menghormati keputusan yang dibuat.
Lagipun bukan Mira tutup dan tinggalkan terus media sosial, cuma dia hanya mahu berehat seketika.

Mungkin sekarang Mira terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak ada masa nak mengemas kinikan media sosial miliknya. Jadi sebelum peminat tertanya-tanya, Mira maklumkan  lebih dulu.

Sumber: Sinar Harian Online & Mstar Online

Friday, 16 February 2018

Bilik bayi Siti warna 'pink', tema Inggeris





DATUK Seri Siti Nurhaliza memilih warna merah jambu untuk bilik tidur baby yang dijangka lahir sekitar Mac depan.

Perkembangan menarik ini dikongsikan oleh pereka hiasan dalaman terkenal Pengasas Lentera Creative Home, Amran Azhar.

Menurut Amran, Siti memilih konsep Inggeris kerana dia suka bunga-bungaan yang sesuai dengan perempuan.

Siti turut memilih warna pink muda untuk nampak lebih sweet yang serasi untuk baby girl.

"Kami baru berbincang dengan Datuk Siti beberapa hari lalu.  Kemudian dah siap ukur sekali untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja.

"Jadi insyaALLAH menjelang hujung bulan ini akan siaplah bilik baby Datuk Siti ini.

"Selain idea Datuk Siti sendiri, kami juga ada tunjukkan gambar-gambar cadangan untuk beliau pilih," jelas Amran lagi.

Amran merupakan pereka hiasan dalaman yang banyak mendapat kepercayaan Siti untuk menghias ruang mengikut kreativitinya.


Sumber : Sinar Harian Online

Tema Kayangan Jadi Pilihan Fazura, Fattah


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, sepakat memilih konsep 'fairy tale' atau kayangan sebagai tema majlis resepsi mereka.

Majlis yang diadakan khusus untuk keluarga dan kenalan rapat kedua-dua selebriti terbabit bakal berlangsung pada 25 Februari ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Menurut Fazura, 34, sebuah lagi majlis membabitkan peminat yang akan diadakan pada 11 Mac depan pula bertemakan tradisional dengan sedikit sentuhan fantasi.

"Bagi majlis resespi pada 25 Februari nanti, ia akan dibuat secara tertutup atas permintaan keluarga. Hanya keluarga terdekat, saudara mara dan kenalan rapat akan diundang.

"Manakala untuk majlis pada 11 Mac depan, kami memilih tema tradisional. Selain peminat, saya juga akan mengundang lebih ramai teman untuk menghadiri majlis terbabit. Mengikut perancangan, kami nak adakan tarian Poco-poco untuk memeriahkan lagi majlis ini," katanya kepada BH Online.

Mengulas persiapan dilakukannya menjelang hari penuh bermakna itu, Fazura mengaku terpaksa mencuri-curi masa disebabkan jadual kerja yang padat.

"Saya memang agak terkejar-kejar juga untuk melakukan persiapan berikutan pada masa sama, saya terikat dengan penggambaran filem. Disebabkan majlis resepsi ini dan faktor kesuntukan masa juga, saya terpaksa menolak tawaran berlakon di Indonesia," ujar pemegang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Pasangan yang digandingkan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella, dan telefilem, Wanita Terindah, ini melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.


Sumber: Berita Harian Online