Tuesday, 18 February 2020

Ashraf Sinclair Disahkan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


Belum pun seminggu kita dikejutkan dengan berita kematian pelawak terkenal Abam Bocey,
kini dikejutkan pula dengan kematian seorang pelakon terkenal Ashraf Sinclair.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman kepada pemberita.

Portal Berita di Indonesia turut melaporkan berita sedih itu dengan memetik kenyataan
pengurus Bunga Cintra Lestari iaitu Doddy.

Allahyarham yang berusia 41, mencipta nama sebagai model dalam iklan Kasut Gombak pada tahun 1990-an terbitan Petronas.


Dia kemudian memperluaskan kerjayanya di Indonesia sehinggalah bertemu jodoh dengan aktres negara itu,
Bunga Citra Lestari sebelum kedua-duanya bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Dalam perkembangan berkaitan portal berita melaporkan jenazah Allahyarham sudah dibawa ke kediamannya di
Pejaten Barat, Jakarta Selatan dari Metropolitan Medical Centre (MMC)kira-kira pukul 7.33 pagi waktu tempatan.

Turut kelihatan isterinya turun dari kenderaan jenazah dengan mata yang sembab.

No comments:

Post a Comment