Sunday, 18 February 2018

Elfira Loy, Sufian putus tunang



IBU pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff, 52, mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga penyanyi, Sufian Suhaimi sekali gus menjawab segala spekulasi mengenai hubungan itu.
Filzah ketika dihubungi berkata, Elfira yang kini berada di New York, Amerika Syarikat maklum berkenaan keputusan diambil.
“Sepatutnya saya dan bekas suami (bapa Elfira) ingin berjumpa keluarga Sufian semalam yang kebetulan berada di Kuala Lumpur tetapi mereka beritahu sudah ingin pulang ke Muar.
“Jadi, saya dan bekas suami tunggu waktu lapang mereka pula untuk berjumpa dan pulangkan cincin. Cuma, apa boleh jelaskan, Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan.


“Elfira tahu mengenai perkara ini dan menyerahkan segala keputusan kepada kami. Saya berharap buat masa sekarang beri ruang dan privasi kami sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Filzah juga menjelaskan, dia menganggap apa yang berlaku sudah ketentuan Allah.
“Saya beranggapan ini adalah jodoh dan ketentuan Allah. Semoga selepas ini Elfira ditemukan dengan lelaki yang baik.
“Apa yang berlaku biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga,” katanya.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Sufian Suhaimi gagal apabila kedua-dua nombor telefon tidak diaktifkan.
Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu.

Sumber: Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment